Wednesday 21 January 2015

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


Seni Bina

  • Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid. 
  • Pembinaan piramid bermula daripada ilharn Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.).
  • Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. 
  • Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. 
  • Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagurni.

Kemajuan Pendidikan serta Penggunaan Kertas




  • Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup, di Lembah Nil. 
  • Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
  • Tinggalan tamadun Mesir purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif. 
  • Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
  • Sistem pendidikan untuk kanak-kanak
  • Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka memberi pendidikan sejak dari umur yang rendah. 
  • Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. 
  • Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis vang sempurna dan terlatih. 
  • Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid. 

No comments:

Post a Comment