Friday 23 January 2015

Proses Pembentukan



Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.
(a)    Mereka menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian.
(b)   Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.
(c)    Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian.
2.(a) Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.
(b) Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah Bandar.
(c) Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau       daerah.
 (d) Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran seperti Bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

No comments:

Post a Comment