Monday 26 January 2015

Pengenalan


Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata , keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.

Sunday 25 January 2015

Lokasi



Tamadun Mesir Purba lahir di tebing Sungai Nil yang mengalir dari utara Mesir ke Laut Mediterranean. Sungai Nil berpunca dari dua anak sungai iaitu Sungai Nil Biru (Ethiopia) dan Sungai Nil Putih (Uganda).Tanah lanar yang dibawa oleh Sungai Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan.

Saturday 24 January 2015

Kerangka Masa



  • Berkembang daripada Zaman Neolitik (10000 S.M. hingga 5000S.M.)
  • Wilayah persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir berkambang menjadi pusat tamadun awal
  • Dibahagi kepada empat:
  1. Zaman Awal ~ 3100-2200 S.M.
  2. Zaman Pertengahan ~ 2040-1785 S.M.
  3. Zaman Empayar ~ 1570-1085 S.M.
  4. Zaman Keruntuhan ~ 1085-322 S.M.
  •  Masa kegemilangan- Zaman Empayar
  • Zaman keruntuhan apabila dikuasai oleh orang asing seperti 
  1. Libya (1100-947 S.M.)
  2. Kush (730-670 S.M.)
  3. Assyria (663-609 S.M.)
  4. Parsi (525 S.M.)
  5. Yunani (332-30 S.M.)
  6. Rom (30 S.M.)

Friday 23 January 2015

Proses Pembentukan



Sejak tahun 5000 S.M.,manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.
(a)    Mereka menggunakan peralatan logam untuk membina sistem perparitan dan pengairan untuk aktiviti pertanian.
(b)   Daya cipta ini membolehkan pembinaan peralatan kawalan air dan terusan yang telah dapat meninggikan nilai kesuburan tanah.
(c)    Akhirnya, manusia mendirikan petempatan kekal yang berteraskan pertanian.
2.(a) Petempatan kekal di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan.
(b) Gabungan kampung-kampung ini pula, telah mewujudkan beberapa buah Bandar.
(c) Beberapa buah Bandar ini pula kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau       daerah.
 (d) Kesemua nome ini kemudiannya telah disatukan dan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran seperti Bandar Thinis, Memphis dan Thebes.

Thursday 22 January 2015

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba


Apabila Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan,beliau telah mengasaskan pusat pemtadbiran di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sg.Nil .Pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang berhampiran dengan Sg.Nil.Pada kemuncak Zaman Pertengahan,pusat pentadbiran ini telah bertukar ke bandar Thebes.Terdapat juga beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.





Firaun Menes



Kehidupan di bandar merupakan ciri yang sangat penting dalam tamadun ini kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan pelabuhan penting bagi tamadun ini.Bandar turut berperanan sebagai pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.Jawatan ini diwarisi secaara turun-temurun.Pada zaman kerajaan lama,firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.Namun begitu, pada dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re.
Firaun juga merupakan:

  1. ketua pendeta
  2. pemilik tanah
  3. ketua hakim
  4. ketua pahlawan
Selapas firaun ialah golongan bangsawan,rahib,jurutulis serta tuan tanah.Ini diikuti oleh petani,pedagang dan artisan.Lapisan yang terbawah ialah hamba.

FIRAUN
- ketua kerajaan Mesir Purba
- perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani,iaitu pharaoh yang bererti rumah  yang agung.
- rumah yang agung bermakna pihak atanpun kuasa yang mengenakan cukai terhadap tanah dan harta. Ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun.

Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja.iaitu firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus, dan mengagihkan penghasilan maknan.Golongan bangsawan terdiri daripada pengawai,penasihat dan juga gabenor.Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran ini jaga dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam untuk menulis segala rekod kerajaan.

Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita  sebagai pemimpin.Pada zaman empayar seorang wanita iaitu Firaun Hatshepsut telah dilantik sebagai firaun.(1501-1479S.M).Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan sepertipembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.




Firaun Hatshepsut.

Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan,Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport utama Mesia Purba ialah tekstil dan kertas.
 

Aktiviti ekonomi yang lain:
Perlombongan emas (Nubia),Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan sepertiThebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan yang terancang talah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Orang Mesir Purba percaya kepada politeisme.Politeisme bermaksud kepercayaan kepada banyak tuhan.Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan:
Re(Tuhan Matahari)
Ra-Atum(Tuhan Langit)
Amun(Tuhan Angin)
  Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.Mayat perlu simpan dan dijaga dengan teliti.Makam mayat juga perlu dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Solekan mayat,alat kebesaran,dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi).

Sistem tulisan ini penting untuk mencatatkan rekod aktiviti pertanian,pengutipan cukai,tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Wednesday 21 January 2015

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


Seni Bina

  • Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid. 
  • Pembinaan piramid bermula daripada ilharn Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.).
  • Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. 
  • Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan. 
  • Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagurni.

Kemajuan Pendidikan serta Penggunaan Kertas




  • Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup, di Lembah Nil. 
  • Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
  • Tinggalan tamadun Mesir purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif. 
  • Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
  • Sistem pendidikan untuk kanak-kanak
  • Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka memberi pendidikan sejak dari umur yang rendah. 
  • Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan. 
  • Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis vang sempurna dan terlatih. 
  • Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid. 

Tuesday 20 January 2015

Kemajuan dalam Ilmu Perubatan


Kemajuan dalam Ilmu Perubatan

  • Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat. 
  • Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Tahap keilmuian dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

Pengawalan Aliran air Sungai Nil


  • Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba. 
  • Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun. 
  • Pemerintah Mesir Purba telah berjava mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. 
  • Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar
  • Pengetahuan dalam bidang astronorni dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.




Thursday 15 January 2015

Latihan (Objektif)

1. Jadual berikut berkaitan dengan perkembangan Tamadun Mesir Purba.
Zaman
Tarikh
Awal
3100 – 2200 S.M
Keruntuhan
1085 – 322 S.M

Apakah kerajaan asing yang pernah menguasai Tamadun Mesir Purba ? 
I   Saba             III  Assyria
II Libya            IV  Kassites
A I dan II         C II dan III
B I dan IV        D III dan IV

2. Gelaran yang berikut digunakan oleh pemerintah-pemerintah kerajaan Mesir Purba.
Apakah pengertian gelaran tersebut ? 
A pemimpin yang digeruni
B rumah yang agung
C binaan yang hebat 
D tuhan yang suci

3. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pemerintahan daripada sistem pemerintahan Tamadun Mesir Purba. 
Istilah tersebut merujuk kepada
I    raja
II   istana
III  piramid
IV  lembah Nil
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV 

4. Istilah berikut merujuk kepada konsep politisme dalam masyarakat Mesir Purba. 
Istilah tersebut berkaitan dengan 
A Tuhan Angin
B Tuhan Matahari
C Tuhan Langit
D Tuhan Api

5. Binaan X yang berikut dihasilkan oleh arkitek Mesir, Imhotep.
X dibina untuk 
A Tuhan Langit
B Firaun Djoser
C Tuhan Matahari
D Firaun Hatshepsut


Wednesday 14 January 2015

Latihan ( Struktur)

Jadual berikut berkaitan dengan peranan tokoh pemerintahan di Mesir.
Kerangka Masa
Peristiwa
3200 S.M.
Firaun Menes mengasaskan pusat pentadbirannya di bahagian tengah Sungai Nil.

(1) Namakan dua bandar penting yang dibina pada Zaman Pertengahan di Mesir.

     a. ______________________________________________

     b. ______________________________________________

(2) Jelaskan peranan bandar dalam tamadun Mesir.
     
      ________________________________________________ 

      ________________________________________________

(3) Senaraikan dua golongan yang berhak dilantik sebagai bangsawan di Mesir. 

     a. _______________________________________________

     b. _______________________________________________

(4) Namakan dua hasil eksport utama Mesir.

     a. _______________________________________________

     b. _______________________________________________

(5) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sistem tulisan dalam  Tamadun Mesir?

      ________________________________________________

      ________________________________________________